Wednesday, 11 July 2018

Universiti SRM, Chennai, India

     Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya merupakan salah seorang pelajar yang mengikuti program pertukaran pelajar ke universiti tersebut pada semester saya yang ke 4. Pada waktu itu, saya hanya dapat bantuan tiket pergi balik sahaja daripada universiti saya di Malaysia. Manakala yuran individu perlu bertanggungjawab untuk membayar sendiri. Cuba bayangkan, perlu bayar yuran di universiti di Malaysia dalam RM1k, seterusnya terpaksa bayar yuran untuk pergi ke universiti di India sendiri dalam RM3k++. Pensyarah yang menawarkan program exchange student tersebut berasal dari Chennai, di mana Universiti SRM terletak. Pada awalnya, beliau memberitahu kami bahawa pihak universiti akan memberi bantuan kewangan sebanyak RM5k untuk kami. Tiba-tiba pensyarah tersebut buat-buat lupa ingatan then end up kami kene bayar sendiri. Sedih.

    Flight saya bertolak dari KL malam dalam pukul 9pm dan sampai dalam pukul 12pm. Setibanya kami disana, pemandu yang sepatutnya mengambil kami tidak muncul. Dengan tiada line dan kredit di sana, kami pun ikhtiar minta bantuan rakyat tempatan sana. Kebanyakkan warga India sangat peramah dan suka membantu orang. Tapi, jangan cepat percaya sebab kebanyakkan daripada mereka juga mata duitan, like gile kentang. Okay sambung balik. Ada seorang perempuan warga tempatan pinjamkan telefon bimbit dia. Kami pertama sekali call 2 nombor yang diberikan dari Universiti SRM. Dua-dua mampos tak angkat. Serius mengelabah + marah gila masa itu. Then nasib ada nombor kawan yang sampai sebulan dari kami (Malaysian). Call dia, then dia suggest kami untuk naik teksi. Masa itu mana lah reti sangat kira duit. 1st time kot. Then kami kene pau RS1600 (dalam RM120). Sepatutnya dalam RM50 je kot. Tak pa yang tu, boleh redho lagi. Sampai je hostel, terus tido.
     
     Esoknya memang ponteng kelas la cite dia sebab nak kemas baju and nak register semua. Dalam pukul 10 pagi kami dipanggil untuk pergi ke International Office (orang sana panggil IR). Sampai je kene bebel dengan staf perempuan sana sebab kami naik teksi. Dah la bebel dalam tamil. Kawan india kitorang je paham. Ye, orang sini agak rasis dari banyak aspek. Antaranya ialah antara penduduk india utara dan selatan, miskin dan kaya, dan dengan warga international. Yang dengan warga internasional tu tidak ketara sangat. Jangan risau. Dah la kami tidak meminta ganti duit teksi kami malah kami pulak yang dimarahi. Staff mereka sangat tidak bertimbang rasa, angkuh, dan memandang rendah pada kami. Sebarang perkataan 'sorry' pun tidak ada. Memang dari segi pengurusan di pejabat internasional sangat out!

     Dari segi pemakanan, tidak ada apa-apa yang perlu dirisaukan. Makanan harian disediakan 4 kali sehari dan unlimited. Maksudnya, boleh tambah sampai kenyang. Sarapan pada pukul 7.30am dihidangi air susu, cereal, tembikat, kuih, kuah putih, dan sejenis bubut nasi. Makan tengah hari pula pada pukul 12.45 tengah hari dihidangi makanan vege. Sangat tidak menyelerakan bagi saya. Minum petang pada pukul 5pm dihidangi kuih dan susu panas. Manakala makan malam pada pukul 7.30pm dihidangi nasi oren yang dimasak dengan ayam, nasi goreng, susu panas. Saya amat tidak berpuas hati dengan menu makan malam mereka kerana bukan sahaja sudah lewat, malah makanan yang disediakan semuanya sangat berat. Kalau nak makan luar kampus boleh, tapi harga makanan mereka tidak berbaloi dengan kualiti. Agak tidak memuaskan tapi selalunya better dari makanan yang disediakan oleh puhak Universiti sehiggakan kawan tempatan saya melebelkan menu makanan yang mereka hidang itu sebagai menu makanan yang selalu diberinya kepada anjingnya di rumah. Huhu. Tambahan pula, menu boleh dikatakan SAMA SETIAP HARI. Saya pon pelik bagaimana warga hostel di universiti tersebut boleh bertahan dengan menu yang sama setia hari. Berikut adalah gambar makanan di kedai makan dan BUKAN makanan yang disediakan oleh pihak Universiti.








     Pembelajaran dan peperiksaan mereka bertumpu kepada teori daripada pengiraan. Pensyarah mereka sangat memahami kami sebagai pelajar luar dan sangat membantu kami dalam pelajaran. Mereka peramah dan open minded. Tapi sebilangan pelajar mengamalkan sikap rasis diantara satu sama lain, termasuk kami. Bayangkan dalam kelas ada jarak perkauman antara mereka, dengan kami ni lagi lah. Sampaikan ada satu masa ni saya tidak memakai nombor whatsapp sana lagi sebab baru lagi and di masukkan dalam group subjek. Esoknya saya dan kawan-kawan saya yang menggunakan nombor Malaysia diremove dengan alasan kami menggunakan nombor asing dan admin tidak percaya yang kami sekelas dengan dia. Tuhan je tau rasa sedih dia. Tapi, alhamdulillah ada juga pelajar yang baik dengan kami. Saya pernah ditutor oleh classmate saya di apartmentnya sehingga jam 10pm. Pelajar sini hampir semua mahir dalam 'coding' sebab mereka telah diajar di sekolah menengah. Dan kebanyakkan mereka mula mengambil degree pada umur 17 tahun. Saya agak kagum kerana pada umur 17 tahun mereka sudah mampu membuat degree dan sangat mahir dalam coding. Mereka juga perlu mula intern dari tahun 2 dan bilangan intern yang mereka perlu ada sebelum graduate ialah 3. Saya mengakui dari segi pelajaran, India agak maju berbanding Malaysia, lagi-lagi dalam bidang coding.

     Dari aspek cuaca, sepanjang 4 bulan saya berada di India, hanya 3 kali sahaja hujan pernah turun. Itu pun gerimis dan dalam 15 minit sahaja. Gerimis dia sangat sikit, macam jarum peniti saiznya. Suhu harian dalam 38 degree celcius tapi kehangatannya seperti 42 degree celcius kerana faktor humiditi di India sangat tinggi. Persekitaran universiti dan hostel agak terjaga. Di sini, terdapat satu hostel yang agak jauh dari kampus. Ia makan masa dalam 25 minit untuk berjalan kaki. Bayangkan berjalan kaki di tengah panas. Nak pakai payung sepanjang perjalanan boleh, tapi nanti akan dipandang pelik dan anjing akan menyalak. Di sini juga terdapat banyak anjing dan lembu berkeliaran. Tahi lembu, manusia juga bersepah di jalan raya. Tapi di kawasan Universiti kebersihan agak terjaga. Pada waktu malam, suhu akan menjadi sekitar 36 degree celcius, tapi tetap panas berbanding Malaysia. Panas macam bahang. Tapi kurang sikit dari siang hari. Pemandangan di waktu senja agak cantik kerana cahaya matahari yang terbenam macam lain sikit dari Malaysia. Tapi sikit sahaja.  And lupa nak bagi tahu, kat Universiti ni ada bus free masuk dan keluar kampus. Tapi agak limited.












     Konklusinya, saya tidak menggalakkan Universiti SRM untuk menjadi tempat 'exchange student' para pelajar kerana yuran yang mahal, pejabat internasional yang terlampau tidak professional dan syllybus yang sangat banyak dan teori. Akan tetapi, jika anda rasa mampu tahan dengan cabaran-cabaran tersebut silakan pergi. Terdapat juga faedah pergi sini. Antaranya, anda berpeluang untuk melawat Mumbai, Pondicherry, Mahabali Puram, dan tempat-tempat menarik di bahagian selatan dengan kos yang sangat murah. Train di selatan hanya RS10 (RM0.60) untuk 4-5 hour journey. Dan tidak lupa juga bahagian utara, Taj Mahal yang terletak di Agra (7 wonders of the world), Mumbai, Manali, Jaipur, Kashmir dan lain-lain. Tapi kos ke utara agak mahal berbanding di selatan. Nanti kalau saya rajin saya sambung blog saya tentang 'short vacay' kami pula. Terima kasih sebab sudi membaca.

No comments:

Post a Comment